memandang dari jendela masa
memutar kembali ingatan ke suatu titik
waktu kita mula kenal cinta
membuka lembaran diari cinta lama
yang setiap helaiannya
kita sama coretkan warna warni curahan rasa
bersama kita menyamun butiran rasa
diabadikan membingkai erti kasih
menculik kerlipan senyum
menghidupkan lagi cerita kisah cinta....
masihkah kau ingat???
tika putus tali rindu yang kita taut
dipesisir pantai derita
ku menangis tanda hampa
musnah mahligai pasir yang lelah kita bina
dihempas rakus ombak cemburu
menghapus lebur tugu cerita
di atas pepasir luka
kesatkan airmata dengan janji
perlahan senyum ku ukir
menyinari erti
hati kecil itu telah matang
mampu ampuh menelan kepahitan
kerana di satu titik kenangan itu
semua telah berakhir
kerana kini kau & aku
miliki diari tersendiri....
5 APRIL 2013
Qaseh Salamjelita
No comments:
Post a Comment